Soto Johor


BAHAN KUAH SOTO :
1.5 kg rangka ayam, cuci bersih dan toskan
2 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
1 pokok daun sup, kerat kasar-kasar
1 genggam bawang goreng
Air secukupnya - anggaran 5 - 6 liter
2 camca besar rempah sup "Adabi"
1 1/2 camca besar rempah kurma "Adabi"
1 biji bawang besar*
8 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1.5 inci halia*
4 biji buah keras*
1/4 inci kunyit hidup*
1 camca besar lada hitam biji* - *dikisar halus

BAHAN TUMIS :
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih

BAHAN LAIN :
Nasi impit, didadu
Begedel
Taugeh, buang ekor dan celur sekejap
Cili kicap
Soo hoon goreng
Kacang tanah goreng
Daging ayam yang dicarik halus
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Bawang goreng

CARA MEMBUATNYA :
UNTUK KUAH SOTO :

- Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan-bahan 

  tumis hingga harum, masukkan serai, lengkuas dan bahan 
  kisar halus, tumis hingga wangi.
- Rempah sup dan kurma, disatukan dan bancuh dengan 

  sedikit air, kacau rata dan masukkan dalam peruk tadi, tumis 
  hingga rempah sedikit garing.
- Masukkan rangka ayam, gaul rata dan biar kecut sekejap. 

- Tuang air secukupnya, masukkan bawang goreng dan daun 
  sup, kacau rata dan biar mendidih.
- Kecilkan api dan renih 1 - 2 jam, tambah garam, secukup rasa..

UNTUK SOTO AYAM :
- Isi nasi impit secukupnya dalam mangkuk, tuang kuah.
- Letak begedel dan bahan-bahan lain.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...