Acar Telur Puyuh


BAHAN-BAHAN :
30 biji telur puyuh, cuci dan rebus hingga telur keras
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
1 biji timun
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia muda
2 biji cili merah
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 camca teh serbuk kunyit
1/2 camca teh garam
Gula secukup rasa
1/4 cawan cuka makan

CARA MEMBUATNYA :
- Timun dikerat, belah dua, buang empulur dan hiris macam 

  batang mancis, gaul dengan serbuk kunyit dan garam tadi. 

- Kupas telur puyuh, kalau suka boleh goreng hingga telur 
  berkulit.
- Bawang besar dibelah 4 setiap biji, bawang putih, dibelah 2 
  setiap ulas,halia muda dihiris halus dan udang kering 
  ditumbuk kasar. 

- Ketepikan
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis kayu manis,
  bunga lawang dan buah pelaga hingga harum, masukkan 

  udang kering tumbuk, bawang putih dan bawang besar, 
  kacau rata dan tuang cuka makan.
 

- Tambah gula (anggaran 1/3 cawan) dan masak hingga pekat.
- Masukkan telur puyuh dan cili hiris, kacau rata.
- Timun tadi ditoskan dan masukkan ke dalam kuali, 

  kacau hingga rata dan rasa, jika perlu tambah garam atau 
  gula ikut citarasa.
 

- Angkat dan hidangkan.

Acar Mentah Bersos


BAHAN-BAHAN :
1 biji timun, dihiris nipis2
1 biji lobak merah (sederhana), dihiris halus2
1 biji bawang besar, dihiris halus2
4 camca besar sos cili
1 - 2 camca teh gula halus
3 camca besar cuka makan
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :
- Satukan semua bahan-bahan diatas dan gaul rata.
- Rasa dan tambah apa yang perlu.
- Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit,
  sebelum dihidangkan bersama nasi minyak atau 

  nasi beriani.


Acar Nenas


BAHAN-BAHAN :
1 biji nenas madu kecil
2 biji bawang besar, belah 4 setiap biji
4 ulas bawang putih, belah 2 setiap ulas
1 inci halia muda, hiris halus
1/2 camca besar udang kering, cuci,
rendam 10 minit, toskan dan tumbuk halus
1 biji lada merah, belah 2
1 biji lada hijau, belah 2
1/3 cawan cuka makan
1/2 camca teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
1 kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntuk bunga cengkih
2 biji buah pelaga

CARA MEMBUATNYA :
- Nenas dikupas, belah 4, buang empulur dan hiris sederhana 

  tebal untuk setiap belahan.
- Gaul dengan serbuk kunyit rata2 dan ketepikan.
 

- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis kayu manis, 
  bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, bawang besar, 
  bawang putih dan halia hingga harum, masukkan gula
  (anggaran 1 camca besar) dan garam secukup rasa. 


- Kacau rata.
- Tuang cuka makan, kacau dan masukkan nenas dan cili belah.
 

- Kacau dan biar masak hingga kuah pekat.
- Rasa dan jika ok boleh matikan api.
 

- Angkat dan hidangkan.

Acar Darat Johor


BAHAN-BAHAN :
2 biji timun, kerat, belah dua,
buang biji dan hiris jejari
1 batang lobak merah saiz sederhana,
kerat dan potong jejari
1 biji cili merah, buang biji,
dan hiris jejari
10 biji bawang merah,
belah dua setiap satu
5 ulas bawang putih,
belah dua setiap ulas
1/2 inci halia muda, mayang halus
1 camca besar udang kering, rendam,
tos dan tumbuk kasar
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
5 kuntum bungPaa cengkih*
2 biji buah pelaga*(*rempah tumis)
1/4 cawan cuka makan
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :
- Timun tadi digaul bersama sedikit serbuk kunyit dan 

   sedikit garam. 

- Ketepikan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, 

  masukkan rempah tumis, bersama bawang merah, 
  bawang putih, udang kering dan halia, tumis hingga harum 
  dan semua layu.
 

- Masukkan cuka dan gula secukup rasa, biar mendidih.
- Tambah lobak merah dan masak hingga pekat dan 

  lobak sedikit lembut.
- Toskan timun tadi, perah sedikit dan masukkan ke 

  dalam kuali.
 

- Gaul rata dan tambah cili merah, masak sekejap saja 
  dan rasa, jika ok boleh matikan api.
 

- Hidangkan...

Acar Rampai


BAHAN-BAHAN :
2 biji timun saiz sederhana
1 batang lobak merah saiz sederhana
3/4 camca teh serbuk kunyit
2 biji cili merah, kerat,
buang biji dan hiris jejari
1 biji bawang besar, belah 6
4 ulas bawang putih, belah 2 setiap 1
1 inci halia muda, mayang halus
1 camca besar udang kering, rendam sekejap,
tos dan tumbuk hancur
2 keping ikan merah, dadu besar-besar
(gaul dengan sedikit serbuk kunyit, dan goreng, toskan)
1/3 cawan cuka makan
Garam dan gula secukup rasa
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 camca teh biji sawi

CARA MEMBUATNYA :
- Timun dikerat 3 atau 4, kemudian buang bahagian tengahnya.
- Hiris timun tadi pada bentuk jejari, buat hingga siap dan gaul 

  dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Biar sekejap.

- Lobak dikupas sedikit kulit, kerat 3 bahagian, hiris kemudian 

  potong bentuk jejari. Ketepikan.

- Panaskan minyak dalam kuali, tumis biji sawi kemudian 

  masukkan kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan 
  bunga lawang. 

- Masukkan bawang putih, halia dan udang kering, 

  masak sekejap.
 

- Masukkan gula secukupnya (selalu acar sedikit manis) dan 
  sedikit garam.
- Masak hingga gula larut.
- Tuang cuka makan dan masak hingga pekat.
- Masukkan lobak merah, cili merah dan bawang besar.
 

- Gaul rata dan tambah timun (perah sedikit).
- Kacau dan masak sekejap.
- Tapi jangan sampai timun layu.
 

- Akhir sekali masukkan ikan goreng.
- Gaul rata dan rasa, jika ok boleh matikan api.
 

- Hidangkan bersama nasi..

Acar Ikan Tongkol


BAHAN-BAHAN :
1 ekor ikan tongkal putih saiz sedang, disiang, 

kerat dan cuci bersih, toskan*
Sedikit garam*
1/2 camca teh serbuk kunyit* - *digaul rata dan ketepikan
1 biji bawang besar, belah 6
4 ulas bawang putih, belah 2 setiap biji
1/4 bahagian capsicum merah, hujau, kuning, didadu besar
1 inci halia, hiris halus
1/2 camca teh serbuk kunyit'
1 camca besar cili kisar
1/4 cawan cuka makan
Garam secukup rasa
Gula secukupnya
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
5 kuntum bunga cengkih*
2 biji buah pelaga* - *rempah tumis

CARA MEMBUATNYA :
- Goreng ikan tadi, tapi jangan garing, biar dia embal-embal 

  sahaja.
- Angkat dan toskan. 


- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan rempah tumis, 

  bawang putih dan halia, tumis hingga harum. 

- Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. 


- Tambah gula dan serbuk kunyit, kacau dan tuang cuka makan.
- Gaul rata dan biar mendidih.


- Masukkan bawang besar, semua jenis capsicum, sedikit garam 

  dan juga ikan tadi, gaul rata dan masak hingga pekat.
- Rasa dan jika ok boleh matikan api. 


- Hidangkan segera.

Acar Buah Peach Berkismis


BAHAN-BAHAN :
1 tin sedang buah peach dalam tin , kalau besar potong
1/3 cawan kismis hitam
10 biji bawang merah, belah dua setiap biji
5 ulas bawang putih, belah dua setiap biji
1 inci halia muda, hiris halus
1/2 bahagian traffic light capsicum, didadu
1 camca besar udang kering, rendam, tos dan tumbuk halus
1/2 camca besar ketumbar biji*
3/4 camca teh jintan kasar*
3/4 camca teh jintan halus* - *disangai dan tumbuk halus
1/3 cawan cuka makan
Garam secukup rasa
Gula perang secukup rasa - dalam 1/2 cawan
3/4 camca teh biji sawi
1/2 camca teh serbuk kunyit

BAHAN TUMIS :
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

CARA MEMBUATNYA :
- Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan tumis, 

  bawang putih, halia, udang kering, biji sawi, tumis hingga wangi. 

- Masukkan rempah yang ditumbuk halus tadi dan serbuk kunyit, 

  kacau rata dan tumis hingga harum. 

- Masukkan cuka dan gula perang, kacau rata.
- Masak dengan api perlahan.


- Masukkan bawang merah, trafficlgiht capsicum dan kismis, 

  masak hingga pekat. 

- Tambah garam secukup rasa, jangan banyak, kasi rasa 

  lemak-lemak sudah.
- Akhir sekali masukkan buah peach. 


- Masak dengan api perlahan, gaul rata.
- Rasa dan jika ok boleh matikan api. 


- Keseimbangan rasa amat penting, mesti ada rasa manis, 

  sedikit masin dan masam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...